Dijana oleh Penternak.store
RM 33.00
Penulis; Afzan Mat Yusof Mohd Hishammfariz Mohd Amin Muhammad Lokman Md.Isa
Baki Stok: 100
Buku ini menyediakan panduan lengkap tentang sistem penternakan asas kambing yang juga merupakan salah satu sektor penting dalam industri ternakan di Malaysia. Janis-jenis baka kambing yang lazimnya diternak di Malaysia, sistem penternakan yang diamalkan, kaedah yang digunakan untuk pembiakan, keperluan tambahan yang diperlukan sera anggaran kos yang diperlukan untuk mengusahakan penternakan kambing merupakan antara inti pati penting yang dimuatkan dalam buku ini.
Sebagai tambahan, maklumat berkaitan pengurusan ternakan yang baik yang merangkumi aspek makanan dan pemakanan serta penjagaan kesihatan kambing ternakan turut dibincangkan. Huraian lengkap mengenai rawatan dan langkah pencegahan bagi penyakit-penyakit lazim yang menyerang ternakan ini juga diulas dengan agak teliti oleh penulis yang mempunyai wibawa dalam bidang ini.
Kesimpulannya, informasi yang dipaparkan dalam naskhah ini memberikan gambaran lengkap kepada masyarakat tentang asas pengurusan ternakan kambing yang boleh dijalankan panduan berguna dalam aktivti penternakan kambing, baik secara kecil-kecilan mahupun secara komersial.
Selamat membaca